Tuesday, 23 October 2012

HAI-O EZIGROW



BAJA FOLIAR adalah satu bahan baja terlarut yang disembur dalam bentuk cecair.Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi ke dalam daun melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktivitifotosintesis dan respirasi sel dalam masa satu jam.Sekiranya dibandingkan kesan baja foliar dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana menggiatkan 'electrogenic pump' ke dalam sel-sel.

HAI-O EGIGROW adalah satu baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien pertumbuhan yang lengkap dan seimbang seperti mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil tanaman serta mengawal pembentukan buah. Hai-O Ezigrow adalah sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman jangka masa panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

KESAN-KESAN HAI-O EZIGROW

  • Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuh-tumbuhan yang lengkap dan seimbang untuk mempertingkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
  • Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta menambah kadar proses fotosintesis dan kadar gula (% Brix) dalam masa 1 jam selepas menyembur.
  • Mengandungi asid filik untuk meningkatkan penyerapan khasiat oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem keimunan tumbuh-tumbuhan supaya menjadi lebih sihat.
  • Menambah hasil pengeluaran dan tanaman sehingga 70%.
  • Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran.
  • Mengurangkan pengguguran bunga dan putik melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
  • Mesra alam dan bio urai.
  • Mudah digunakan dengan menyembur atau menyiram.
  • Sesuai dicampur dengan racun kulat atau serangga.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel dalam masa 1 jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
Nilai pH Hai-o Ezigrow ialah 6.1 dan sesuai digunakan oleh kebanyakkan tumbuh-tumbuhan.



Cara Penggunaan


Pokok Durian, pokok rambuatn dan lain-lain buah-buahan tempatan
90ml untuk keluasan 20 pokok sebanyak 3-4 kali setahun.

Padi
90ml untuk keluasan 1/4 ekar dengan kekerapan 30 hari sekali.







Pokok Kelapa Sawit
180ml untuk keluasan 20 pokok dengan kekerapan 3-4 kali setahun.
Sayuran berbuah dan bunga-bungaan
45ml untuk keluasan 1/4 hektar dengan kekerapan 7-10 hari.










RM157.00

untuk keterangan lanjut,sila hubungi saya,
Phone : 019-5970902 & 012-5711409
E-mail : adyabdrahim_369@yahoo.com
Facebook :http://www.facebook.com/abdrahim.ady



No comments:

Post a Comment