Wednesday, 24 October 2012

HAI-O GARLIC





















HAI-O GARLIC mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk : 33 jenis sulfida, 17 asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan sebagainya. Ia amat beruna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Keberkesanan

  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.














Soalan-Soalan Lazim

Apakah kesan bawang putih?

Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, malambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?

Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi cangkih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka, mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?

Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?

Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau buasuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakkan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?

Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambilnya, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat meninggkatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda eguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.





Harga
RM 44.00










Untuk keterangan lanjut dan membeli, sila hubungi saya :


FEMI 9 INTIMATE WASH

















Premium Beautiful Femi 9 Intimate Wash merupakan pembersih yang bersifat sederhana dan lembut yang sesuai untuk kegunaan seharian. Ia berkesan untuk membantu membersihkan, menyegarkan dan menghilangkan bau. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit, melindungi dan mengelakkan jangkitan bakteria dan keradangan di sekitar bahagian intim kaum wanita yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma. Dengan ini, ia mengurangkan ketidakselesaan pada bahagian vagina dan bau yang tidak menyenangkan.


Bahan-Bahan Utama & Kelebihan
  • Manjakani ~ Membantu mengembalikan ketegangan dinding faraj yang hilang akibat peningkatan usia, perubahan hormon dan bersalin.
  • Vitamin E ~ Adalah agen anti-pengoksidaan yang berkesan dan memudahkan penghasilan sel-sel baru, memulihkan luka dan melambatkan proses penuaan.


Kebaikan Penggunaan Femi 9 Intimate Wash



  • Menghilangkan ketidakselesaan dan bau vagina yang tidak menyenangkan.
  • Membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
  • Membantu melindungi dan mengelakkan jangkitan bakteria dan keradangan di sekitar bahagian intim kaum wanita yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma.
  • Untuk membersihkan, menyegarkan dan menghilangkan bau untuk kulit yang sensitif.




Cara Penggunaan


  • Tuangkan sejumlah kuantiti kecil ke atas tapak tangan anda.
  • Sapu dan cuci bahagian intim anda sekurang-kurangnya 20 saat.
  • Bilas dengan air yang secukupnya.
  • Untuk kegunaan bahagian luaran sahaja.
  • Guna 2-3 kali setiap hari.








Harga
RM 22.00

Kepada sesiapa yang bermnat untuk membeli produk ini, hubungi saya :

Tuesday, 23 October 2012

HAI-O EZIGROW



BAJA FOLIAR adalah satu bahan baja terlarut yang disembur dalam bentuk cecair.Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi ke dalam daun melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktivitifotosintesis dan respirasi sel dalam masa satu jam.Sekiranya dibandingkan kesan baja foliar dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana menggiatkan 'electrogenic pump' ke dalam sel-sel.

HAI-O EGIGROW adalah satu baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman beriklim tropika supaya boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien pertumbuhan yang lengkap dan seimbang seperti mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil tanaman serta mengawal pembentukan buah. Hai-O Ezigrow adalah sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk tanaman seperti padi, tanaman jangka masa panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

KESAN-KESAN HAI-O EZIGROW

  • Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuh-tumbuhan yang lengkap dan seimbang untuk mempertingkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan.
  • Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta menambah kadar proses fotosintesis dan kadar gula (% Brix) dalam masa 1 jam selepas menyembur.
  • Mengandungi asid filik untuk meningkatkan penyerapan khasiat oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem keimunan tumbuh-tumbuhan supaya menjadi lebih sihat.
  • Menambah hasil pengeluaran dan tanaman sehingga 70%.
  • Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran.
  • Mengurangkan pengguguran bunga dan putik melalui pengawalan pengeluaran asid absisik.
  • Mesra alam dan bio urai.
  • Mudah digunakan dengan menyembur atau menyiram.
  • Sesuai dicampur dengan racun kulat atau serangga.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel dalam masa 1 jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel dengan sepenuhnya.

Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik dan pengawal tumbesaran.

Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
Nilai pH Hai-o Ezigrow ialah 6.1 dan sesuai digunakan oleh kebanyakkan tumbuh-tumbuhan.



Cara Penggunaan


Pokok Durian, pokok rambuatn dan lain-lain buah-buahan tempatan
90ml untuk keluasan 20 pokok sebanyak 3-4 kali setahun.

Padi
90ml untuk keluasan 1/4 ekar dengan kekerapan 30 hari sekali.







Pokok Kelapa Sawit
180ml untuk keluasan 20 pokok dengan kekerapan 3-4 kali setahun.
Sayuran berbuah dan bunga-bungaan
45ml untuk keluasan 1/4 hektar dengan kekerapan 7-10 hari.










RM157.00

untuk keterangan lanjut,sila hubungi saya,
Phone : 019-5970902 & 012-5711409
E-mail : adyabdrahim_369@yahoo.com
Facebook :http://www.facebook.com/abdrahim.ady



LA PRAISE SKIN CAKE PACKAGE

RM410.00

  • Soothing Cleansing Gel - 50ml /botol
  • Soothing Toner - 50ml / botol
  • Sun Protector SPF 30PA+++ - 15ml / botol
  • Night Renewal - 15ml /botol
  • Eye Lifting Gel - 15ml / tiub
 Kulit merupakan organ  manusia yang terbesar , seberat kira-kira 3.6kilogram secara purata dan meliputi kira-kira 2 meter persegi.Kulit terdiri daripada lapisan sel,saraf dan kelenjar yang bukan sahaja melindungi kita dari dunia luar, malah ia juga menghubungkan kita kepada dunia luar.Kulit manusia dibahagikan kepada 3 lapisan utama iaitu pelindungan lapisan luar( epidermis ),lapisan dalaman yang tebal dan anjal (dermis ) serta lapisan paling bawah kulit iaitu lapisan tisu lemak (lapisan subkutaneus).


FUNGSI-FUNGSI KULIT

  • Bertindak sebagai perintang di antara persekitaran luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah.
  • Bertindak sebagai pelindungan- Lapisan epidermis merupakan lapisan yang terdiri daripada lapisan sel kulit yang saling bertindih.Ia memberi perlindungan kepada tubuh manusia daripada panas, sejuk dan kemasukan bakteria.
  • Menyimpan lemak - Lapisan paling bawah kulit iaitu lapisan tisu lamak merupakan lapisan yang kaya dengan lemak.Ia juga merupakan penebat haba.
  • Mengesan haba luar - Lapisan dermis mempunyai banyak saraf yang membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran.
  • Saraf-saraf ini boleh mengesan pelbagai rangsangan seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.
  • Menjalankan Sintesis Vitamin D - Apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ulraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan seterusnya menukarkannya kepada Vitamin D.

MENGENALI KULIT DAN PENUAAN

Sebenarnya , penuan adalah satu mekanisme kerosakan dan pembiakan dalam badan di mana sistem tersebut berlaku secara berganti pada kelajuan dan masa yang berbeza-beza.Usia adalah faktor terbesar terhadap perubahan kulit wajah.Apabila usia bertambah,wajah juga mula berubah.Penuan akan menyebabkan kulit menjadi kering, kendur dan berbintik-bintik.Ini disebabkan oleh pelbagai faktor, sama ada faktor dalaman mahupun luaran.

Faktor-Faktor Dalaman

Faktor dalaman kebanyakannya dipengaruhi oleh usia dan genetik.Penuaan yang disebabkan oleh faktor dalaman akan dialami oleh semua orang tanpa mengira sama ada cepat atau lambat.Ia adalah satu proses penuaan semulajadi yang merupakan proses berterusan yang biasanya bermula pada pertengahan 20-an.Ia akan menyebabkan sel kulit mati tidak dapat dihapuskan dengan cepat serta melambatkan pengeluaran kolagen dan pembentukan sel-sel kulit baru.


Tanda-Tanda Penuaan Dalaman
  • Garis halus dan kedut.
  • Kulit yang kering dan semakin menipis.
  • Rambut gugur dan uban yang semakin memutih.
  • Plat kuku menipis.
  • Kehilangan lemak menyebabkan tangan dan leher kurang anjal.
  • Kerapuhan tulang menyebabkan tulang mengecut dan seterusnya mengakibatkan kulit kendur.

Faktor -Faktor Luaran

  • Sinaran matahari - Tanpa perlindungan terhadap sinaran matahari, pendedahan selama beberapa minit setiap hari, lama-kelamaan akan menyebabkan perubahan yang ketara ke atas kulit malah boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Ekspresi muka - Pergerakan wajah yang berulang-ulang akan menyebabkan wujudnya garis halus dan kedut.Setiap kali kita menggunakan otot muka, garisan akan muncul pada wajah.Apabila kulit mengelami penuaan  dan kehilangan keanjalannya,gari-garis ini akan kekal pada wajah dan seterusnya menjadi kedut dan garisan halus.
  • Tabiat merokok - Ia menyebabkan perubahan biokimia dalam badan yang akan mempercepatkan proses penuaan.Kajian menunjukkan bahawa mereka yang merokok melebihi 10 batang rokok setiap hari, bagi tempoh minimum 10 tahun lebih cenderung untuk mempunyai kulit yang berkedut dan kasar berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
  • Pengambilan alkohol - Ia akan mengembangkan saluran darah kecil dalam kulit dan meningkatkan aliran darah berhampiran permukaan kulit.Lama-kelamaan, saluran darah ini akan rosak dan wujud di permukaan kulit.
  • Lapisan ozon yang semakin menipis- Ia mengakibatkan kulit terdedah secara terus kepada sinaran UVA dan UVB.Sinaran UVA akan menyebabkanbintik hitam dan kedut manakala sinaran UVB akan menyebabkan kulit terbakar.

MELINDUNGI KULIT AGAR TANDA PENUAAN TIDAK BERLAKU

  • Penggunaan kosmetik- Ia akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan seterusnya menjejaskan kulit anda.
  • Graviti - Perubahan yang disebabkan oleh graviti menjadi lebih ketara apabila kita semakin tua.Dalam usia 50-an, keanjalan kulit merosot secara mendadak, kesan graviti ke atas kulit juga semakin ketara.
  • Graviti akan menyebabkan telinga memanjang, kelopak mata jatuh dan leher / dagu kendur.
  • Posisi tidur - Kebiasaan tidur sesorang dengan menghadap kekiri / kanan atau meniarap akan menyebabkan kulit mengecut.Posisi meniarap akan menyebabkan wajah semakin tertarik ke bawah.
  • Kedut akan kelihatan di pipi dan dagu bagi kaum wanita yang lebih cendrung untuk tidur menghadap ke kiri / kanan.Bagi kaum lelaki pula,kedut akan kelihatan pada dahi kerana mereka biasa tidur dengan muka menghadap kebawah di atas bantal.
  • Pendedahan kepada cuaca sejuk - Angin sejuk dan suhu yang rendah akan mengakibatkan kulit yang kering dan seterusnya mempercepatkan proses penuaan.
  • Rehat dan senaman yang tidak mencukupi - Tubuh manusia memerlukan masa rehat yang mencukupi agar proses pembentukan sel-sel baru dapat dijalankan dengan sempurna.Selain itu, senaman yang mencukupi membantu melancarkan peredaran darah dan ia adalah penting untuk mencegah penuaan.

LA PRAISE VITALIFT SERUM

































Dengan pengenalan LA PRAISE VITALIFT SERUM yang terdiri daripada kombinasi inovatif iaitu PhytocellTectMSwiss Apple dan PhytoCellTectMaip Rose, ia membantu melindungi sel stem kulit manusia.Selaian itu Pheno-SFETM, ekstrak Perh yang bertindak sebagai antioksidan turut membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif, dengan itu memerangi kronologi penuaan dan menigkatkan daya hidup sel stem kulit.



RM119.00






Ramuan Utama Vitalift Serum

  1. Sel stem apal (Ekstrak kultur sel buah-buahan Malus Domestica)
  • Melihara ketahanan sel stem kulit, melambatkan kemerosotan sel penting, memerangi kronologi penuaan, mengekalkan keremajaan dan kesihatan kulit.
    2.  Sel stem daun Alp Rose (Ekstrak kultur sel daun Rhododendron Ferrugineum)
  • Menggalakkan ketahanan sel stem kulit, menguatkan ketahanan kulit serta memberikan perlindungan yang lebih baik untuk kulit khasnya terhadap tekanan iklim.
    3    Ekstrak daun Camellia Sinensis (Pheno-SFETM)
  • Epigallocatechin gallate (EGCG0 dalam ekstrak daun Pu-erh bertindak sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas,dengan ini mengurangkan serangan radikal bebas terhadap kulit yang merupakan faktor luaran penuaan kulit.

Cara Penggunaan

Sapu dengan rata pada muka dan leher sebaik sahaja mencuci muka dengan pembersih dan toner.Urut dengan prlahan-lahan.Gunakannya dua kali sehari, pagi dan malam.
























LA PRAISE VITAGLOW CLEANSING WATER










Penanggal solekan yang bebas daripada sabun, menanggalkan solekan dan kotoran pada kulit muka dengan mudah, menjadikan kulit muka lebih segar dan licin selepas digunakan.Air tidak diperlukan.Anda hanya perlu menggunakannya dengan kapas muka untuk menanggalkan solekan dan kotoran pada kulit muka.Sesuai untuk mereka yang sibuk dan perlu cuci muka dengan cepat pada lewat malam.



RM88.00





Ramuan Utama Vita Glow Cleansing Water

1   Wax Jojoba
  • Diekstrak daripada benih pokok jojoba.
  • Bertindak sebagai emolin kering.
  • Ejen anti-keradangan.
  • Kaya dengan pelbagai jenis nurrisi seperti vitamin E, kumpulan vitamin B dan mineral.
2   Ekstrak daun Camellia Sinensis (Pheno-SFETM )
  • Diperolehi daipada teh Pu-erh melalui kaedah Supercritical Fluid Extraction.
  • Epigallocatechin gallate (EGCG) dalam ekstrak dau teh Perh, bertindak sebagai antioksidan dan membantu meneutralkan radikal bebas, dengan ini mengurangkan ancaman radikal bebas terhadap kulit yang merupakan faktor luaran penuaan kulit.
  • Sebagai ejen anti-keradangan, dengan ini mengurangkan keradangan pada kulit.

Cara Penggunaan

Picitsebahagian VitaGlow Cleansing Water pada kapas muka.Sapukan dengan lembut pada muka dan sekitar mata, kemudian teruskan langkah pencucian muka anda seperti biasa.
















LA PRAISE SOOTHING CLEANSING GEL                                                             

Mulakan hari anda dengan kulit wajah yang muda dengan menggunakan pembersih muka yang diformulasi dengan sel induk tumbuhan dan antioksidan.Ia membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam liang-liang roma kulit, meninggalkan kulit anda rasa segar, licin dan berseri selepas guna.


Cara Penggunaan
  • Guna dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.
  • lembapkan muka dan sapukan gel pembersih sehingga ia mengeluarkan buih.
  • Sapukan pada muka dan urut dalam gerakan berpusing. 
  • Bilas dengan air yang secukupnya sehingga bersih.

RM80.00



LA PRAISE SOOTHING TONER

Toner yang ditambah dengan ekstrak licorice, chamomilla dan pati tumbuhaan untuk membantu kulit anda mencapai tahap keseimbangan  dan penghidratan.Ia mengekalkan kalembapan kulit sepanjang masa



Cara Penggunaan
  • Guna setiap hari pada waktu pagi dan malam. 
  • Gunakan toner pada muka yang telah dibersihkan.
  • Lembapkan pada kapas dengan toner ataupun sembur toner pada muka.
  • Tepuk secara lembut dengan menggunakan hujung jari.


RM85.00



























LA PRAISE SUN PROTECTOR SPF 30+++

Perlindungan SPF 30 PA+++melindungi kulit anda daripada bahaya sinaran UV.Kandungan rice germ oil dan squalane ( zaitun ) memastikan kulit anda lembap sepanjang hari.



Cara Penggunaan

  • Guna setiap hari waktu pagi.
  • Sapukan krim pada muka yang telah dibersihkan.
  • Sapukan secara lembut pada muka dengan menggunakan hujung jari.
RM90.00


























LA PRAISE NIGHT RENEWAL

Menyuburkan kulit anda pada waktu malam dengan gel yang diformulasi khas daripada kolagen marin, betaglukan dan antioksidan untuk melembap dan membantu melewatkan kemunculan tanda-tanda penuaan.Penggunaan yang konsisten menjadikan kulit anda kelihatan muda dan berseri.


Cara Pengguaan
  • Guna setiap hari pada waktu malam.
  • Sapukan dengan sekata pada muka dan leher selepas membersihkan muka.
RM105.00



























LA PRAISE EYE LIFTING GEL

Formulasi khas untuk menghilangkan garis-garis halus, lingkaran di bawah dan sekeliling mata.Produk ini ditambah dengan asid askorbik ( vitamin c ) untuk melembap, menegang dan mengembalikan keremajaan kulit di sekeliling mata.



Cara Penggunaan
  • Guna setiap hari pada waktu pagi dan malam.
  • Sapukan secara lembut di sekeliling mata sehingga diserap sepenuhnya.

untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya ,

Phone :019-5970902 & 012-5711409
E-mail : adyabdrahim_369@yahoo.com

MIN KAFFE




 MIN KAFFE

Aroma istemewa Min kaffe berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari korea.Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya Min kaffe bukan sahaja memenuhi cits rasa para peminat kopi,malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.


Cara Pengambilan

Bancuh sebungkus  Min kaffe dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata.


Keberkesanan

  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan eleman surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan.

RM34.00









EURYCO TONGKAT ALI GINSENG COFFEE


Euryco Tongkat Ali Gingseng Coffee adalah hasil adunan bijiaan kopi Robusta dan Arabica dari india dan Brazil, ditambah dengan ekstrak Tongkal Ali dan Gingseng yang merupakan ubat-ubatan yang bernilai dari Malaysia dan China.Dalam proses pembuatannya, ia tidak ditambah dengan krimer bukan tunusu dan gula, dengan ini ia dapat memberi rasa dan aroma kopi yang terbaik.Sejakturun-temurun, Tongkat Ali dan Gingseng terkanal dalam meningkatkan tenaga batin manusia.Euryco Tongkat AliGingseng Coffee selain daripada memenuhi cits rasa anda, ia turut menghilangkan keletihan, menyegarkan minda dan melegakan tekanan.


Cara Pengambilan

Campurkan satu bungkus Euryco Tongkat Ali Coffee ke dalam 150ml air panas, kacau dan sediakan untuk diminum.


Keberkesanan
  • Menigkatkan tenaga dan menyegarkan minda.
  • Menyihatkan badan dan meningkatkan kecegasan.
  • Menghilangkan keletihan.
  • Melegakan tekenan.


GINSENG COFFEE
















Kombinasi bijian kopi jenis Robusta dan Arabica, Ginsing yang secara tradisi diketahui zatnya, gula dan krimer bukan tenusu memberi anda rasa dan aroma kopi Gingseng yang terbaik.Ia tidak mengandungi unsur-unsur kolesterol,pewarna dan pegawat.Malah,ia menyediakan pelbagai nilai kebaikan kepada semua peminat kopi.Kopi Gingseng membantu meningkat kecegasan minda,menigkatkan daya tenaga,mempertingkatkan keprihatian dan menyegarkan anda setiap masa.


 untuk keterangan lanjut,sila hubungi :
 Phone :019-597902 & 012-5711409
 E-Mail : adyabdrahim_369@yahoo.com
 Facebook :http://www.facebook.com/abdrahim.ady


PREMIUM BEAUTIFUL FOUNDATION LINGERIE SEREIES



Dalam masyarakat moden yang berteknologi tingi dan kehidupan yang pesat mewujudkan ketegangan dan tekanan mental. Masyarakat kini sibuk bekerja sehingga menyebabkan kurangnya aktiviti bersukan, diikuti dengan amalan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat, postur duduk dan tidur yang tidak betul serta pengaruh alam semulajadi (graviti). Bagi kaum wanita terutamanya mereka yang telah bersalin, kekurangan penjagaan dan pemeliharaan badan selepas bersalin serta pemakaian dalam yang tidak sesuai akan menyebabkan perubahan dalam bentuk badan, mempengaruhi sistem peredaran darah, menurunkan kadar metabolisme dan seterusnya menimbulkan kesakitan yang tidak diketahui puncanya.

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Bagi wanita, bentuk badan ibarat hidup kedua, sementara pakaian dalam bagaikan lapisan kulit kedua. Pemakaian pakaian dalam yang salah akan menyebabkan :

Bahagian Atas Badan
  • Lengan tangan bertambah besar.
  • Wujudnya lemak di sekitar dada dan bawah ketiak.
  • Lemak pada bahagian perut dan belakang badan.
  • Pinggang yang tidak terbentuk.
Bahagian Bawah Badan
  • Pinggang bertambah lebar.
  • Tonjolan perut.
  • Pinggul yang lendut dan lari bentuk.
  • Paha bertambah besar.

CIRI-CIRI  PREMIUM BEAUTIFUL 
  • Pakaian dalam yang direka khas berdasarkan kajian dalam bidang perubatan, bidang pengajian lemak dan bidang ergonomi oleh pereka bentuk pakaian dalam yang profesional untuk kaum wanita masa kini.
  • Reka bentuk stereoskopik sinar infra merah jarak jauh dan dihasilkan berdasarkan potongan rangka badan manusia yang dapat mendorong peredaran darah dan metabolisma badan.
  • Kadar penyerapan yang baik dan sesuai untuk pemakaian seharian serta merupakan pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Mempunyai kuasa regangan dalam semua hala yang dapat diregang sehingga 360 darjah mengikut pergerakan tanpa mengubah reka bentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jarak jauh dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan payudara serta menggalakkan pertumbuhan payudara.

CARA MENCUCI YANG TEPAT

Rendamkan pakaian di dalam air suam yang bersuhu 30-40 darjah 5 minit, gosok dengan menggunakan sabun yang bersifat neutral dan bilas dengan air. Letakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik dan biarkan ia kering.

Perkara-Perkara Penting :
  • Dilarang mencuci dengan mesin pembasuh untuk mengelakkan perubahan bentuk produk dan kehilangan kekenyalan.
  • Dilarang mengeringkan produk dengan mesin pengering atau sidai secara terus di bawah sinaran matahari. Ini adalah kerana sinaran UV dan suhu tinggi akan merosakkan kekenyalan bahan produk.
  • Dilarang menggunakan klorida atau agen-agen pemutih untuk mencuci produk. Pengunaan bahan-bahan pencuci menyebabkan kegatalan pada kulit dan kerosakan produk.

FUNGSI-FUNGSI SETIAP BAHAGIAN PREMIUM BEAUTIFUL

Bahagian depan

Bahagian sisi




















Bahagian belakang

























  1. "Cup" ini membentuk piramid dimana ia dapat menampung payudara agar tidak jatuh, puting payudara dalam kedudukan yang betul dan tidak termasuk ke dalam (untuk mengelakkan kanser payudara dan mencerahkan pigmen puting, agar kelihatan segar)
  2. Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang.
  3. Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut, serta menghilangkan kesan rekahan pada kulit (strech mark) terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin.
  4. Bahagian ini tidak menekan ovari. Ini dapat memberi kesan hormon yang seimbang 'estrogen' dan 'progestron'.
  5. Mengelakkan daripada masalah gastrik dan ulser.
  6. Lace 'cup' mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar.
  7. Memecah lelemak pada bahagian atas perut.
  8. Lubang angin mengawal keputihan, pengaliran darah dan udara untuk menghilangkan kesan bau pada wanita.
  9. Kedudukan bentuk tali tidak mudah jatuh.
  10. Lapisan tetunan bahagian belakang terbahagi kepada dua lapisan yang mengawal lapisan lemak yang telah ke hadapan, tidak ke belakang semula.
  11. 'Love Shape' nipis untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan pinggul.
  12. Bahagian ini dapat menampung dengan kuat supaya tidak jatuh dan mengelakkan lelemak dari mengalir ke bawah.
  13. Tetulang-tetulang ini berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, "Slip Disc", sakit pinggang dan pengaliran darah. Suntikan 'Far Infrared Rays' (FIR) paling banyak dalam tetulang bengkung tersebut. Khas untuk ibu-ibu selepas bersalin dalam pantang untuk mengelakkan serta menghilangkan kerekahan pada kulit perut dan mengempis perut serta merampingkan pinggang dengan cepat dan berkesan.
  14. Tali ini kegunaannya untuk mengemaskan dan merampingkan pinggang.


PB SHORT BRASSIERE

Ciri-Ciri Produk
  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul.
  • Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (Far Infrared Ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia dapat melindungi badan dari sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme, di samping meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menganjal dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan dapat meningkatkan garis payudara dan menyokong bahagian dada.
  • Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian belakan pula dapat mengurangkan lemak di bahagian belakang badan.
  • Bentuk "U" yang direka khas pada bahagian belakang badan dan sesuai untuk pemakaian seharian.
  • Mempunyai kuasa regangan dalam semua hala yang dapat diregang kepada 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah reka bentuk asalnya.
  • Pad dada yang direka khas untuk membentuk payudara yang lebih mempersona.
  • Hiasan corak bunga-bungaan menonjolkan keunggulan produk.




















Cara Pemakaian Yang Tepat
  • Tetapkan puting pada bahagian tengah cawan coli.
  • Bonkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk.
  • Tumpukan lemak di sekitar buah dada ke dalam cawan coli.
  • Selaraskan tali coli. Pastikan satu jari boleh melepasi bawah coli.
  • Pemeriksaan sendiri.



PB LONG BRASSIERE

Ciri-Ciri Produk
  • Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menetap dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan berganda di bahagian depan dapat menyelaras perut yang menonjol serta meningkatkan kontur payudara.
  • 2 batang keluli berfungsi untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  • Reka bentuk yang berkuasa tekanan dan regangan di bahagian belakang dapat menyelaraskan lemak yang berlebihan.
  • Bentuk "U" yang direka khas pada bahagian belakang coli dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.



Cara Pemakaian Yang Tepat
  • Tetapkan puting pada bahagian tengah cawan coli.
  • Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk.
  • Tumpukan lemak di sekitar buah dada ke dalam cawan coli.
  • Selaraskan tali coli (pastikan satu jari boleh melepasi bawah tali coli).
  • Pemeriksaan sendiri.


PB WAIST NIPPER

Ciri-Ciri Produk
  • Mempunyai 7 batang keluli yang dapat menyokong bahagian pinggang dan mengukuhkan tulang belakang, seterusnya memperbaiki postur badan.
  • Reka bentuk ergonomi yang unik dapat menyelaraskan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan pinggul, seterusnya menghasilkan kontur badan yang menarik.
  • Reka bentuknya yang fleksibel dapat memberi kesan yang memuaskan berdasarkan bentuk badan seseorang.
  • 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.











Cara Pemakaian Yang Tepat
  • Gerakkan waist nipper ke bahagian kiri depan, pasangkan cangkuk pertama dan cangkuk yang terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang lain dari bawah ke atas.
  • Perhatikan garisan tengah.
  • Tali belakang diikat bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut.
  • Pemeriksaan sendiri.


PB LONG GIRDLE

Ciri-Ciri Produk
  • 32 keping jahitan stereoskopik yang menggunakan teori tekanan untuk menumpu kembali lemak yang tersebar ke tempat asal.
  • Reka bentuk di bahagian pinggul yang unik dapat memperbetulkan punggung yang kendur dan membentuk kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Membahagikan garisan di bahagian paha dan pinggul, menumpukan lemak yang berlebihan di paha ke dalam cawan pinggul dan seterusnya menghasilkan kontur pinggul yang menarik.
  • Kapas yang ditambah pada bahagian dalam seluar dapat memperbaiki kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  • Mampatan yang tetap ke atas abdoman pada seluar di bahagian perut dapat memecahkan lemak yang berlebihan dan menyelaraskan perut yang menonjol.
  • Reka bentuk yang mengunakan kuasa tekanan dapat menyelaras lemak di bahagian dalam dan luar paha, membentuk kontur kaki yang cantik.
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas yang berongga membolehkan peredaran udara yang baik dan selesa dipakai. Ia direka khas untuk bahagian sulit kaum wanita.
  • Penggunaan renda (lace) yang fleksibel dapat mengelakkan pakaian dalam daripada tergulung akan menghasilkan garisan -garisan di bahagian paha.

Cara Pemakaian Yang Tepat
  • Pakaikan seluar dalam.
  • Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
  • Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.
  • Pemeriksaan sendiri.
     Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat.







SOALAN-SOALAN LAZIM

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?

Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semulajadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infra red ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beutiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa yang panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.


Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan terasa panas?

Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semulajadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan terasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.


Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?

Anda dicadangkan untuk membuat ukuran badan pada bulan ke 6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandun pasa bulan ke 6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke 3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala bagi mereka yang melahirkan bayi secara pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam 6 bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.


Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?


Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akn beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beatiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke 15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.


Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?

Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merukakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan wanita yang telah bersalin. Premium Besutiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan mengelebeh.


Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?

Premium Beautiful mempunyai 3 cawan tali berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.


Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?

Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.


Bilakah Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?

Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakainya setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh memakai Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.


Mengapakah kita perlu memakai brassire Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?

Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar, maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.


Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?


Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper  diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.


Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?

Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakkan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah.


HARGA


KOD PRODUK
PRODUK
SAIZ
CUP
RM CP
1
PREMIUM BEAUTIFUL FOUNDATION LINGERIE SERIES




SHORT BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L
B
517.00

SHORT BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L, 100/5L
C
517.00
568.00

SHORT BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L
D
517.00

SHORT BRASSIERE
100/5L
D
568.00

SHORT BRASSIERE
70/M, 75/L, 80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L, 100/5L
E
568.00

SHORT BRASSIERE
, 75/L, 80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L, 100/5L
F
568.00





2
PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE FOUNDATION LINGERIE SERIES (NEW)




LONG BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L
B
995.00

LONG BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L, 100/5L
C
995.00

LONG BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L
D
995.00

LONG BRASSIERE
100/5L
D
1092.00





3
PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC FOUNDATION LINGERIE SERIES




LONG BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L, 100/5L
E
858.00

LONG BRASSIERE
65/S, 70/M ,75/L ,80/EL, 85/2L, 90/3L, 95/4L, 100/5L
F
858.00





4
PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE FOUNDATION LINGERIE SERIES (NEW)




WAIST NIPPER
58/S, 64/M, 70/L, 76/EL, 82/2L

780.00

WAIST NIPPER
90/3L, 98/4L

857.00

WAIST NIPPER
106/5L

966.00





5
PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC FOUNDATION LINGERIE SERIES




WAIST NIPPER
58/S, 64/M, 70/L, 76/EL, 82/2L

676.00

WAIST NIPPER
,90/3L, 98/4L

743.60

WAIST NIPPER
106/5L

840.00





6
PREMIUM BEAUTIFUL ELEGANCE FOUNDATION LINGERIE SERIES (NEW)




LONG GIRDLE
64/M, 70/L, 76/EL, 82/2L

1045.00

LONG GIRDLE
90/3L, 98/4L, 106/6L

1148.00

LONG GIRDLE
114/7L

1297.00





7
PREMIUM BEAUTIFUL CLASSIC FOUNDATION LINGERIE SERIES




LONG GIRDLE
64/M, 70/L, 76/EL, 82/2L

910.00

LONG GIRDLE
90/3L, 98/4L, 106/6L

1000.00

LONG GIRDLE
114/7L

1120.00












     

PREMIUM BEAUTIFUL NATURAL WASH
























Premium beautiful natural wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada  sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam. Ia juga sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif serta berbau haruman bunga-bungaan.


Cara Yang Betul Untuk Mencuci Dengan Menggunakan Natural Wash
  • Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh.Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air.
  • Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor selama15 minit.
  • Bilas sekurang-kurang 3 kali dengan air bersih.(jangan perah dengan tangan).
  • Perah pakaian dalam anda dengan gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kamdungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal.
  • Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang beragin dan kering. Jangan seterika pakaian dalam anda. Simpan dengan kemas apabila kering.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli set Premium Beautiful, hubungi saya di :

Phone : 019-5970902 @ 012-5711409
E-mail : adyabdrahim_369@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/abdrahim.ady